jana wang

BURUAN

BURUAN

Khamis, 25 Februari 2010

ASAS RACIK


Teknik ikatan/ simpulan buat perambut kepada tali tangsi antara contoh simpulan dan pintalan buat perambut racik.....masih dlm usaha belajar buat racik

Isnin, 22 Februari 2010

JENIS & FI LESEN

kadar yuran lesen membela, memburu binatang liar

maklumat dari PERHILITAN.....


pada kategori bukan unggas>>>>>>

RANG UNDANG-UNDANG RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR (PINDAAN) Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang." (16hb .Disember, 1987)
Timbalan Yang di-Pertua: Saya jemput Yang Berhormat Puan Hajjah Azizah binti Mohd. Said menyambung ucapan beliau.
Silakan, Ahli Yang Berhormat,
3.38 ptg.
Puan Hajjah Azizah binti Haji Nohd. Said: Tuan Yang di-Pertua,
saya hendak menyambung sedikit sahaja lagi iaitu menyambung ucapan semalam atas perbahasan suatu Akta bagi meminda Akta Perlindungan Hidupan Liar, 1972.

Tuan Yang di-Pertua, setiap negara di dunia ini masing-masing mempunyai undang-undang mengenai bidang kuasa Kerajaan melindungi hidupan liar daripada keganasan setengah-setengah manusia yang tidak bertanggungjawab. Kita bukan lagi berada di zaman batu di mana orang-orang yang kuat akan memerintah dan orang-orang yang lemah dan hidup liar dikurung dan dijadikan barang mainan untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Yang menjadi mangsa ialah penghidupan liar yang tidak boleh mempertahankan keselamatan diri mereka daripada manusia-manusia yang zalim.

Dalam tahun 1980an ini masih ada setengah-setengah orang yang arif mengenai undang-undang. Akan tetapi mereka dengan sengaja tidak mahu menghormati undang-undang dan akan terus memburu hidupan liar sebagai hobi mereka.

Tuan Yang di-Pertua, dalam hutan belantara juga untuk kepentingan diri mereka, perbuatan mereka itu menunjukkan seolah-olah tidak ada sesuatu undang-undang pun yang boleh melarang mereka membuat sesuka hati mereka terhadap hidupan liar.

Tuan Yang di-pertua, pengujudan berbagai jenis hidupan liar di hutan belantara di muka bumi ini adalah ciptaan Tuhan. Rasa saya, Tuan Yang di-Pertua, di dalam hutan belantara kita yang paling banyak sekali ialah jenis-jenis burung. Rasa saya di negara kita seperti saya sebutkan satu dua tiga contoh iaitu burung Raja Udang,
rupanya cantik; burung Tiong - bukan "Tiong" sebelah saya ini.
Burung Raja Wali, burung Nuri, burung Merak, burung terkukur atau burung Merbuk yang bunyinya sedap dan pandai melagukan. Dan ada
pula burung yang boleh kita makan iaitu burung Ayam-ayam. Ini boleh kita makan kerana ianya hidup di dahan-dahan kayu. Rasa saya Kementerian ini boleh merabiakkan burung Ayam-ayam ini. Rupanya seperti ayam begitu kecil, denak sahaja dan dagingnya lebih sedap daripada ayam biasa. Dan di daiam hutan belantara kita juga terdapat binatang bernama "Itek Air". Itek Air ini cantik, dia boleh terbang dan dia terbang sekawan-sekawan. Si-pemburu inilah sebagaimana yang dikatakan oleh Puan Ainon yang pandai menembak dan hobinya menembak, suka menembak itek air kerana itek air ini kalau ia berjalan, ia berjalan sekawan, cantik. Dia terbang berpasangpasangan.
Lebih-lebih lagi waktu petang. Jadi, pemburu-pemburu di waktu petang inilah dia menembak itek air ini. Bukan dia suka hendak makan, tetapi dia suka menembak. Tetapi kalau kita makan dagingnya, lebih sedap daripada Itek Nila atau Itek Jawa.

Jadi, di hutan kita ini banyak terdapat Itek-itek Air terutama di tasik-tasik biru sepcrti di negeri Pahang yang banyak tasik, disitulah Itek-itek Air ini banyak didapati. Dan saya sudah pernah makan daging itek ini memang sedap. Tetapi susah hendak dapat,kecuali kalau orang mengidam itu mungkin bolehlah cuba carikan,
tetapi susah dan sukar kita hendak dapatkan Itek Air ini.

Tuan Yang di-Pertua, ciptaan Tuhan ke atas makhluk yang ada di dalam hutan ataupun setiap hidupan liar itu mempunyai pengertian yang tertentu dan tidak boleh direka-reka oleh manusia. Kewujudan mereka ini ialah kehidupannya sekelompok-kelompok, bermasyarakat juga di dalam hutan. Misalan di dalam hutan mereka ini pun ada puak-puak dan ada ketuanya, Kalau Harimau atau Singa itu kita gelar
dia "raja di hutan"; kalau sang Kancil itu kita gelar dia ini "si-cerdik di hutan."
Begitu jugalah masyarakat binatang-binatang di hutan belantara ada cara-cara hidupnya yang teratur dan semula jadi yang dijadikan oleh Allah.

Sebagai contoh binatang Kangaroo misalnya melambangkan identiti negara Australia. Binatang Zarafah ataupun Kuda Belang membayangkan benua Afrika seperti negeri Kenya.
Dan jika kita sebut Sang Kancil misalnya melambangkan negeri Melaka kerana negeri Melaka sekarang kalau kita datang dan masuk ke daerah Melaka, kita nampak dua ekor Sang Kancil menunggu. Jadi ada sempenanya, Tuan Yang di-Pertua dan mungkin kawan-kawan .banyak membaca cerita sejarah bila mana seorang raja datang membuka hutan negeri Melaka, berteduh di bawah pokok Melaka, mereka nampak Sang Kancil boleh mengalahkan anjing raja yang begitu kuat sekali. Jadi,dengan sebab inilah negeri Melaka mengambil sempena Kancil dijadikan lambang negeri Melaka walaupun kecil tetapi gagah. Mudah-mudahan negeri Melaka walaupun kecil, biarlah negerinya masyhor dan gagah dari negeri-negeri lain di seluruh Malaysia, Dan banyak lagi hidupan liar yang dijadikan lambang sesautu negara dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, tindakan Kerajaan untuk meminda dan menperkemaskan undang-undang hidupan liar ini adalah kena pada tempat" nya dan selaras dengan keadaan dan setengah-setengah manusia yang suka mencari keuntungan tetapi perbuatan mereka itu lama kelamaan akan memupuskan hidupan liar di hutan negara Malaysia ini. Kalau kita tidak cegah manusia ini akan membuat perkara ini berterus-terusan dan akan menjalankan hobinya berterus-terusan.

Selain dari tindakan haram yang pernah dilakukan terhadap hidupan liar itu Kerajaan juga perlu mengawal hidupan liar ini daripada berbagai penyakit. Dan jika dibiarkan akan menjadi pembawa penyakit dan wabak yang merbahaya. Seperti di negeri-negeri barat,Tuan Yang di-Pertua, saya lihat di akhbar-akhbar dan di kaca TV ada
klinik binatang. Misalnya kalau kucing kita bersin, sakit; kita boleh bawa ke klinik, Ini juga sekurang-kurangnya dari segi agama pun kita dapat pahala kerana dapat raemelihara dan menyelamatkan nyawa binatang-binatang selaia daripada binatang ternakan yang kita bela di rumah, mungkin juga kalau gajah kita sakit, kuda, rusa dan
sebagainya, yang kita payah dapat, kita ada klinik untuk merawat binatang-binatang ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita pernah juga melihat setengah-setengah orang menjual burung-burung di tepi jalan. Burung-burung itu misalnya dimasak sop di situ juga dan apa yang menghairankan klta ialah dari mana mereka atau penjual tersebut mengimport atau menangkap burung-burung itu. Ada setengah-setengah kedai itu dia ada buat sangkar-sangkar burung, .kita boleh pilih. Kita datang hendak makan sop apa, sop merpati atau sop burung apa, yang kita hendak kalau dia orang Islam dia boleh sembelih dan siang di situ juga. Kita boleh buat sop. Tetapi saya fikirkan, saya hairan di mana dia dapat burung ini khususnya burung-burung yang cantik-cantik.

Pihak Kementerian mesti mengawasi dari mana dia dikeluarkan sama ada diimport dari luar negeri atau diterokai di hutan belantara kita. Ini kita kena memerhati dan mengawasi perbuatan mereka ini.

Dan bagaimana mereka boleh terlepas daripada pegawai-pegawai penguatkuasa yang mengawal hutan belantara kita. Oleh itu kita berharap apabila bidang kuasa yang lebih luas diberikan -kepada pegawai-pegawai tersebut. kita berharap janganlah
mensia-siakan Kerajaan dan masyarakat. Dan jangan pula pegawaipegawai tersebut menghampakan harapan rakyat dan Kerajaan seperti kata orang Melayu "harap pagar, pagar makan padi." Jadi, kita harapkan pegawai-pegawai ini nanti, pegawai-pegawai itu pula mencari burung-burung dt hutan. Saya tidak menuduh, ini misalan sahaja.
Mengambil burung-burung di hutan, burung-burung dan apa sahaja seperti kulit buaya, kulit ular dan sebagainya dijual. Inilah yang dikatakan "harapkan pagar, pagar makan padi".
Kita tidak mahu perkara ini berlaku. Jadi, sebelum ianya terjadi kita ingatkan dulu. Dan mana-mana ada pegawai-pegawai yang tidak jujur dan kita mempunyai bukti terhadap mereka pegawai-pegawai yang tidak jujur ini mestilah dihadapkan ke mahkamah dan menerima hukuman yang setimpal.

Tuan Yang di-Pertua, kita berharap Kementerian yang berkenaan harus juga raemikirkan di masa akan datang pengwujudan satu peruntukan yang baru di dalam Akta Perlindungan Hidupan Liar ini, menggalakkan orang ramai menyampaikan maklumat kepada Jabatan yang
berkenaan mengenai kegiatan-kegiatan haram terhadap hidupan liar dinegara ini. Itu yang penting. Kalau Kementerian tidak ada orang yang memberikan maklumat, dia tidak tahu benda-benda ini jauh tersorok. Misal kaca di Sarawak di butan belantara macam di guaguanya, banyak barang-barang yang berharga dan hidupan yang liar.
Jadi kalau tidak ada orang yang menyampaikan maklumnat itu kepada Kerajaan, Kerajaan tidak tahu. Dan maklumat serta orang yang menyampaikan maklumat itu mestilah dianggapkaji rahsia besar.

Peruntukan yang baru ini memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Hidupan Liar mencadangkan hadiah mengikut keadaan sesuatu kes daripada peruntukan perkhidmatan rahsia. Orang yang memberi rahsia itu kita kena b e r i ' h a d i a h dan merahsiakan namanya. Kalau katalah "Fatimah binti Ahmad" memberi rahsia, kita rahsiakanlah jangan hebahkan.

Jadi ada manusia yang akan tampil ke hadapan memberikan maklumat dan membantu Kerajaan mengenai perkara tersebut dan memberikan hadiah dari peruntukan wang perkhidmatan rahsia sama seperti yang dilakukan oleh Jabatan Kastam. Kalau kita dapat memberikan maklumat kepada Jabatan ini, ia akan memberikan hadiah-hadiah yang tertentu mengikut kes-kes atau perkara-perkara besar atau kecilnya.

Saya fikir dengan cara ini orang ramai akan lebih berani memberi maklumat kepada Kerajaan kerana kehidupan liar yang masih wujud dinegara kita hari ini sedang diancam oleh orang-orang- yang ttdak bertanggungjawab.

Tuan Yang di-Pertua, banyak kuasa-kuasa telah dinyatakan dengan sahih tadi seperti mengadakan waran tangkap, mengadakan sekatan jalan, kalau kita layak boleh tangkap, tidak ada apa persoalan, kalau undang-undang yang lama tidak dapat berbuat demikian kerana undangundang yang ada tidak membolehkannya.

Menyentuh kepada pemburu-pemburu yang banyak disebutkan tadi,saya juga merasa bahawa peraburu-pemburu haram ini memanglah berleluasa sangat. Selain daripada pemburu haram terdapat juga orang yang menggunakan cara lain seperti memasang jerat, meracik dan lain-lain. Saya tak faham sama ada Jabatan PERHILITAN ada mengeluarkan lesen kepada orang yang menggunakan racik, jerat dan lain-lain ini. Yang saya tahu ialah kepada pemburu-pemburu yang ada senjatapi sahaja yang dikeLuarkan. Saya rasa kalau tidak ada sepatutnyalah Jabatan ini mengeluarkan lesen kepada mereka kerana kalau kita tidak keluarkan lesen, mereka menjalankan kegiatannya juga dan kita tidak dapat hasil untuk menampung atau menambah wang negara. Kalau kita kenakan lesen dan beri satu peraturan undangundang yang ketat, saya rasa dla dapat menggunakan Lesen itu dengan mengikut sepertimana yang telah digariskan seperti juga pemburu-pemburu halal yang mengambil lesen, yang telah ada peraturannya, kecualilah pemburu-pemburu haram tadi.

Jumaat, 19 Februari 2010

KG. LONEK DI PAGI JUMAAT 19-02-2010

JAM 0830AM DAH SAMPAI LOKASI UTK REVENGE
KG.LONEK JADI ULANGAN

SASARAN SELADANGJATI SORO SEDANG DAH 3x DEN ULANG TAPIII... MCM2 SORO YG TIMBUL, KEADAAN LOKASI AGAK BAHAYA KERNA KELIBAT BEBERAPA EKOR ANJING MELILAU MAKA POKOK SAWIT PLAK DAH 30 KAKI AGAK NYA TINGGI ...MCM MANO NAK ADJUS PELEPAH NIE.....

TRY AJO LAH SKILL GILER NIE.....DLM DOK SETTING RACIK BH DAH MULO BUKA GELANGGANG DOK LAMBUNG JO DEH...MAKLUM LAH 2 ARI DAH MANDI UJAN MAKA DISINARI SANG SURIA PAGI BAHGIA MEREKA MENONJOL DIRI.

SIAPPP.....DOK DLM HALIMUNAN MAKA BB DOK BUKA TARI PIRING.....DAN TERINAI....
3 EKOR LANDING ATAS TANAH BUAT DEQQQ....JER... :bgg APSAL LAK NIE...BUDAK2 LG KOT....DLM DOK KIRA BRAPO BH TONJOL DIRI TTIBA......

DR RANTINg POKOK DURIAN MATI ADO HAT SORO KASAQ DOK TUNJUK HEBAT SIAP BUKA KUNTAU TEKPI ALA2 JET LI LG....BB PON UBAH TONE MAIN SILAT PULUT PULAK DAN BH MAI JENGUK BB
3x LOMPAT PINDAH ANGGAR TERUS LOMPAT SEBELAH BB TERUS ANGGOK NON STOP BB PUNYO SORO PON TENGGELAM DLM ALUNAN SAYEMBARA BH KG LONEK ... AWAT X KENE RACIK NIE.....DOK BIAR BB BUKA BUNGA SEMBAH TERUS BH KETUK, TEGEH DAN SELIGI BB ARAMAKK .... KASSIMMM.....NAYA POIT....SKALI BB NGERBANG SAYONARA DAN BH PON TERKULAI LAYU DIPERDU POKOK MANGGA KING...

>>>>SORO KASAR ANGGOK BNYK WOOO BAKAL JD BB IDAMAN PEMIKAT JALANAN<<<
OLEH KERANA EKAU DAH SELIGI BB DEN MAKA EKAU DEN TAMBAT NNT KAU PLAK KENE SELIGI TUNGGAL... ......SMS PD YG BERKENAAN TOLONG LA REPAIR RACIK HAH .......TQVM MASTER KOHJAI AKHIRNYA X SIA2 TERUS MEMBUNUH...

Ahad, 14 Februari 2010

CEMPEDAK JD BUAH NAGA


Sabtu 13hb Feb 2010
TRIANG 1ST TIME MEET LI N9
Seperti drancang maka jam 0530am dah kuar umah menuju lokasi sasaran. Oleh kerana atas dasar kawan maka naik lah Triang berkenalan dgn saudara LI N9 bertugas di balai polis triang. Jam 0730am dah lapor diri.

Atas dasar tugas maka beliau x dapat turut serta dlm edisi khas ni tambahan BB beliau pon dah uzur syarie.

maka Lokasi 1st....TERMINAL BAS TRIANG......alamak open nya....nasib x beli tiket suruh BB balik naik bas ke PILAH......sampai jer BH dah berembat dok melintang pehhhh ganaz btui depa....dlm kelam kabut tu maka pelepah kelapa depan masjid menjadi tumpuan.....geng & otai dah posing laman. siap lebih kurang 15 minit BB bg kata aluan maka sampailah tuan tanah kedaung dok atas kebel telepon....ttiba....zassss..........sekoq merbuk trus lambung dan landing atas pelepah kelapa depan BB terus terkulai layu di tepi longkang hahahaa dok mikat terkukur dapat plak merbuk kira rezeki pg nie la....duit minyak dtg dah terbayar....
video
call bro LI N9 pindah laman....dia tunjuk 1 lokasi pehhhh marveles betapa celir tahap nyanyuk dok gasak x mau tinjau pikat pon....ni mesti kes lokasi ngajar BB ni punyer gaya....kompom .

tapi otai besaq tapau gak. den yo kantoi....pindah lokasi selepas makan tengahari lokasi rahsia....mmg puas hati game arini.

rumusan:-
Game mmg best...den tapau merbuk ja sessi pg, ptg BH x mau terjun
Otai besaq tapau 3 ekoq dan dah deal mau repeat hat soro kecik angkat ..... pasti akan diulang lokasi itu nnt..full game i hari.....merbuk tu den namakan "TRIANG" bakal meletop jadi pikat merbuk akan dtg hehehehehe............arios........

Jumaat, 12 Februari 2010

DETIK CEMAS BB BERADAP BH atas Tanah

RISIKO bakal dihadapi oleh BB @ PIKAT

sajo nak warm-up skill agar pikat boleh main semua acara jgn sodap ateh pelepah ja maka pasang gak BB terkukur dilaman tanah memandangkan persekitaran laman x cun maka boh dekat jer sambil brselindung dlm samar. racik pon pacak x ikut rule sewajarnya. Dlam memerhati merbuk melawan derak dan meratuih dgn soro kasaq ttiba pandangan dan pendengaran dikalih oleh soro BB dok menekan smcm hah...mana BH nie...fokus.......alamak dah ada atas kapla daa....dok diam2. BH hanya jawab sepatah ja pastu dok meroyan atas anggar dan terus landing jauh...."COLEH EH PLAK"......

video
rakaman final countdown BB kecundang, BH bolos racik adusss......x kan den dah lupo skill racik tanah plak bilo dah reti main pelepah. ikut cara BH ni mcm betina jer...awat x anggok, meluru menyesah pikat waktu BB dok anggok merupakan risiko besaq BB leh kondem silap2 aribulan adusss.....dari BB kene balun lebih baik alau segera. Namun kene gak BB seliang penangan BH tu....

>>> CEGAH SEBELUM PARAH<<<<

BB dlm condition aggesif, nnt cool dulu....

Khamis, 11 Februari 2010

Pelepah Takdo Dahan pun Jadi

ptg rabu 10hb Feb 10 jam 05.40pm sajo ronda bwk merbuk utk latihan jdi denak, siap ja dlm dok menyorok ttiba ado plak yg melambung dopan mato.apo laie pokok sawit takdo maka apo yg kato sodap jo lah dahan pon dahan lah.....
videox lama nunggu dah terjun 3x anggar dah kene racik takdan BH nak anggok pon .....

Isnin, 8 Februari 2010

OFF ROAD @ MENGKUANG, BERA

PADA SABTU 06hb FEB 1 XTVT DISEPAKATI MERONDA AREA FELDA MENGKUANG, BERA. JAM 0700AM DAH STANDBY TOPI JLN TUNGGU 4x4 "BRO AI" & AWEE.....MASUK JA KAWASAN PEHHHHH......BH NEKAN SEMACAM JA MCM PESOM JA MAINAN EH....
LAMAN 1:- SETTING PELEPAH TRY RACIK KOHJAI BH MLMBUNG CARI BB BERSEMBANG2 RUPANYA BH BGTAU" DEN NAK JAGO BINI HAH, EKAU JGN KACAU UMAH TANGGA ORG LEN KANG KOK KONO SEKEH!...."
maka pindah.....mrayap lagi jam dah kul 1100am...nie skali dok dengar sj nekan, selang anggok peh bestnie.... main tanah ja kat laluan utama SJ sampai bila BB lambung guk BB pon nekan, perap rantau terus sekoq lagi sampai udahnya SJ pergi blasah soro kecik atas angga lopok lopak berembat atas pokok sawit tuo adus.....BB den dah main ketenteng mlompat2 main tali kejap nembak....bisu.....pindah lagi. masuk sawit kecik semak plak main pelepah la.....BB wat keje huhuhu BH kaw.nie mmg best la isi ganas2...tiba 3 ekor atas anggar dok anggok sama len BB mujuk baik punya tiba dopan BB anggok pehh....jantung sudah kencang....BH turun satu pelepah...mau tjun dlm racik skali dio punyo bini kot sudah tjun atas daun sbolah racik terus BB tembak klupoq terus cabot....3 ekoq BB mujuk lg mrk dtg tp dah dok jauh huhuu melepas lg hasil sessi ni. ubah laman tanah plak skali dok nampak awee dok setting racik atas busut, wah kene jauh ni mrudum BB kang kono skolah kek pikat awee hehheee....setting BB dok comeh helang dah mlayang jauh di awan biru namun soro mcm dekat ja....BB mcm biasa 1 gear lah katakan GUK, saja lebih isi len lom kuar lg.....sampai sekoq lg terus meluru dengan bangga nya kearah BB sepatah x bunyi redah racik aduss.....x plak sangkut BH anggok dan BB anggok ganaz terus BH sayonara melepas lg BB ke2.
LUNCH HOUR....sambil2 post mortem dgn bro ai, dan awee....maka kami maju kedepan jam 0130pm..... dalam mencari lokasi setting kami berpecah maka den set tepi longkang coz ado pelopah sawit kocik.....siap....BB plak meragam dah lotih agak eh ttibo sepatah jo jawab eh terus kelihatan BH dok tibo atas anggar terus BB nekan semacam jo tibo plak hat soro kasaq lg 2 ekor dah 3 penjuru BB bersembang ntah apo yg di borak eh...terus den prhatikan dgn lirik ekor mato jo maka terjun sekor di polopah sobolah dan sekoq laie terjun dlm racik anggok2 dan .......awat hang diam dan geli kaki ka.... BB plak gelisah ja hah naya BB kang nie....hat sekoq mulo tjun td dok landing bolah belakang BB plak terus den pon bangun slow dok tinjau kene ke dok....prenggg BH 2 ekoq cabut bilo nampak 1 lembago bklubung mafla huhuuhu gopoh plak den nie...
melepas hasil ke-3
dok adjust tarik BH td BB den nyaris jd lauk biawak bilo main tanah...nasib la kelambu halimunan ado den pok dok dkt ja....pindah laman tepi jln utama kok lalu lori bwk sawit nnt jd tembaga merah la BB den hehehe setting pelepah lenggok che Limah ni la hasil racik dr KOHJAI.......
video
pindah laman tepi pagar sawit kecik peh BH isi power la....ni la ending mingggu ni BH dr kawasan PAHANG kene tambat nie...kok tapau 4 sessi operasi ni namun atas faktor belom musim 100% BH x cukup prangsang & garang makanya lepas raya cino nnt kito ulang lokasi nie....

Rabu, 3 Februari 2010

HERBA - SUPER TONIK UTK PIKAT & TUAN DIA

berita dan info terbaru dpt dari pakar dlm bab formulasi tradisi dan pengalaman org tua terdahulu maka dilaporkan utk meransang kesihatan "love pet " spesis unggas dan manusia memelihara kesihatan antaranya:-

Nama Tempatan: Sambung Nyawa
Nama Saintifik: Gynura procumbens
Nama Lain: -
Daun Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mollucan spinach,Sambung nyawa, Daun Dewa, am Akar, Akar sebiak, dan Kelemai merah, bai bing cao
Famili: Asteraceae

keterangan:
Sambung nyawa adalah jenis tumbuhan tahunan yang banyak digunakan dalam perubatan dinegaranegara asia tenggara seperti Malaysia , Indonesia dan Thailand. Ia mudah membiak melalui keratan batang dan mudah tumbuh di kawasan yang agak redup dan mempunyai kelembapan yang sedernana.

kegunaan:
Mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi.Di Malaysia ia juga digunakan untuk merawat sembelit,kencing manis dan kanser.Ia juga digunakan untuk merawat masalah buah pinggang.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Nama Tempatan: Cekur Manis
Nama Saintifik: sauropus androgynus
Nama Lain: Taruk manis, asin-asin, cekup manis, sweet leaf bush,katuk, ma ni chai,
Famili: Euphorbiaceace
Lokasi dijumpai: Sayuran

keterangan:
Tumbuhan yang popular sebagai sayuran di Malaysia ini boleh mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tidak dicantas.Namun untuk mengekalkan kesuburan dan memastikan penuaian yang berterusan ia perlu dicantas selalu hingga mencapai ketinggian 1-2 meter.Ia membiak melalui dua kaedah biasa iatu biji benih dan keratan batang namun benih yang dihasilkan melalui keratan batang lebih bermutu.Ia mempunyai daun yang berwarna hijau gelap dan tersusun rapi di kiri dan kanan tangkai.Buahnya berwarna putih ketika muda dan akan berubah menjadi merah samar atau coklat ketika matang.Daunnya yang masih muda sedap dijadikan sayuran seperti dijadikan masak lemak, sup dan digoreng bersama udang kering. Pucuknya yang masih muda begitu rangup dan mempunyai rasa seakan-akan asparagus.Selain dari dijadikan sayuran ia juga boleh dijadikan pewarna makanan sama seperti daun pandan dan warna yang dihasilkan oleh daun cekur manis lebih gelap dari warna yang dihasilkan oleh daun pandan. Ia juga selalu dicampur dengan perahan daun pandan untuk mendapatkan warna yang lebih gelap.Keistimewaan tumbuhan ini ialah walaupun telah dimasak warna hijau gelapnya tetap kekal.Bunga dan buahnya juga sedap dijadikan sayuran.Daunnya mengandungi banyak provitamin A karetinoid,terutamanya daunnya yang baru dipetik dan masih segar.Ia juga mengandungi vitamin B, C protein dan mineral.Kandungan nutriennya semakin tinggi jika daunnya semakin tua.Tumbuhan ini tumbuh dengan lebih subur dikawasan yang agak redup, ia boleh bertoleransi terhadap tanah yang mempunyai kandungan asid yang tinggi (masam kelat) dan boleh tumbuh dikawasan tanah liat. Serangga perosak utama tumbuhan ini ialah sejenis kumbang Adoretus sinicus.

kegunaan:
Cekur manis digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. ia juga di gunakan untuk menghitamkan rambut bayi.Jusnya boleh digunakan untuk mengubat sakit mata dan demam. Namun pengambilan berlebihan cekur manis juga dikatakan boleh membawa kepada masalah paru-paru: sila rujuk pakar

p/s kelak akan dilancarkan satu tonik ready use oleh sahabat dr ulu langat dinamai dgn E/M maklumat lanjut nnt saudara JUNAIDI a.k.a Hachirokku77 bg info aku dah guna

aku dpt maklumat dr beliau good info nice to try utk perform pikat bg kaw2 testimoni dtg umah.....hehehehee...just one drop dlm air minum jer....

Selasa, 2 Februari 2010

1st TIME AKSI PELEPAH_end of JAN 2010


ahad 31hb jan 2010 kul 7am geng dah tepon dok kejut bangun ampeh tol la kacau skali "JOM MACAK!" SEPANTAS kilat bangun mandi dan sarapan org umah prepare rupanya tinggal nak bedal ja....
3 0rg berakasi laman 1st tuju pdg.sek.KEPIS....BH leh tahan kuar jer dr kete dok nekan selang angguk ceh.....kelam kabut macak racik BB kuar terus beraksi sakan terjun sekoq blah blkg bb waduhhh....masak pikat kene tibai kang ni...nasib celir nmpak tali kaki bb terus main jauh bb dok kutuk sakan ttiba turun sekoq lg blah depan mata racik hah.....BB main ketenteng ngejar BH apa lg BH menjarak diri..
angguk2 sambil berlari anak skali BH mlompat plak ceh celir sakan tahan gaban .....
tiba sekoq landing atas tiang gol nekan, angguk, nekan angguk wahhh...mantap ada harapan nie......skalii nenek lalu dok kata " nak uwan lalu yo nak poie kodai....yo lahhhh lalu lah nek....." apa lagi zasss.....BH ilang dr tiang gol dok atas poko nyoq.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
kol 3.30pm kawan lama dok ketuk pintu ajak gi tangkap BH REWARD dapat nnt bang RM1000.00 cina nak bg....alamak bahaya nie...
oleh kerana reward punyo hal maka aksi PELEPAH bermulo....atas faktor tanah keras mcm batu bengkok tumang.....antam aja nasib BB la fuuhhh...setting ja BB dok main rancak lebih kurang 10 minit bb dah nekan semacam uiks mana BH ni....rupanya dok blkg den la.....dok diam2 ni dlm jubah halimunan matikan api okok jgn bg bh tau BH lambung cr pikat landing atas tanah x lama terus lambung atas pelepah dok beradap......hasilnya.....
mangsa pengalaman PELEPAH 1st penutup jan 2010 walaupun nangkap tp feel permainan BH x lengkap x dan kata apa pijak ja pelepah anggok2 jln 2 step dah musing leher patuk kaki perambut racik....apa lg mlompat kuar dr tmpt sembunyi kelam kalibut bh kelupoq nasib x putus racik ja....hehehehe.......TAPPAW DOH sms naneng minta lepaas bh racik kene racik pelepah mu buat ni dah masuk dlm kulit payah nak bukak oii....
"hampehh..." sms azmi den berjaya tapau pelepah ..... kohjai plak sms mu doh torai ka racik baru tu, den ckp blom x konfiden guna keck sgt ......nnt wa bg tau....