jana wang

BURUAN

BURUAN

Isnin, 22 Februari 2010

RANG UNDANG-UNDANG RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR (PINDAAN) Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang." (16hb .Disember, 1987)
Timbalan Yang di-Pertua: Saya jemput Yang Berhormat Puan Hajjah Azizah binti Mohd. Said menyambung ucapan beliau.
Silakan, Ahli Yang Berhormat,
3.38 ptg.
Puan Hajjah Azizah binti Haji Nohd. Said: Tuan Yang di-Pertua,
saya hendak menyambung sedikit sahaja lagi iaitu menyambung ucapan semalam atas perbahasan suatu Akta bagi meminda Akta Perlindungan Hidupan Liar, 1972.

Tuan Yang di-Pertua, setiap negara di dunia ini masing-masing mempunyai undang-undang mengenai bidang kuasa Kerajaan melindungi hidupan liar daripada keganasan setengah-setengah manusia yang tidak bertanggungjawab. Kita bukan lagi berada di zaman batu di mana orang-orang yang kuat akan memerintah dan orang-orang yang lemah dan hidup liar dikurung dan dijadikan barang mainan untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Yang menjadi mangsa ialah penghidupan liar yang tidak boleh mempertahankan keselamatan diri mereka daripada manusia-manusia yang zalim.

Dalam tahun 1980an ini masih ada setengah-setengah orang yang arif mengenai undang-undang. Akan tetapi mereka dengan sengaja tidak mahu menghormati undang-undang dan akan terus memburu hidupan liar sebagai hobi mereka.

Tuan Yang di-Pertua, dalam hutan belantara juga untuk kepentingan diri mereka, perbuatan mereka itu menunjukkan seolah-olah tidak ada sesuatu undang-undang pun yang boleh melarang mereka membuat sesuka hati mereka terhadap hidupan liar.

Tuan Yang di-pertua, pengujudan berbagai jenis hidupan liar di hutan belantara di muka bumi ini adalah ciptaan Tuhan. Rasa saya, Tuan Yang di-Pertua, di dalam hutan belantara kita yang paling banyak sekali ialah jenis-jenis burung. Rasa saya di negara kita seperti saya sebutkan satu dua tiga contoh iaitu burung Raja Udang,
rupanya cantik; burung Tiong - bukan "Tiong" sebelah saya ini.
Burung Raja Wali, burung Nuri, burung Merak, burung terkukur atau burung Merbuk yang bunyinya sedap dan pandai melagukan. Dan ada
pula burung yang boleh kita makan iaitu burung Ayam-ayam. Ini boleh kita makan kerana ianya hidup di dahan-dahan kayu. Rasa saya Kementerian ini boleh merabiakkan burung Ayam-ayam ini. Rupanya seperti ayam begitu kecil, denak sahaja dan dagingnya lebih sedap daripada ayam biasa. Dan di daiam hutan belantara kita juga terdapat binatang bernama "Itek Air". Itek Air ini cantik, dia boleh terbang dan dia terbang sekawan-sekawan. Si-pemburu inilah sebagaimana yang dikatakan oleh Puan Ainon yang pandai menembak dan hobinya menembak, suka menembak itek air kerana itek air ini kalau ia berjalan, ia berjalan sekawan, cantik. Dia terbang berpasangpasangan.
Lebih-lebih lagi waktu petang. Jadi, pemburu-pemburu di waktu petang inilah dia menembak itek air ini. Bukan dia suka hendak makan, tetapi dia suka menembak. Tetapi kalau kita makan dagingnya, lebih sedap daripada Itek Nila atau Itek Jawa.

Jadi, di hutan kita ini banyak terdapat Itek-itek Air terutama di tasik-tasik biru sepcrti di negeri Pahang yang banyak tasik, disitulah Itek-itek Air ini banyak didapati. Dan saya sudah pernah makan daging itek ini memang sedap. Tetapi susah hendak dapat,kecuali kalau orang mengidam itu mungkin bolehlah cuba carikan,
tetapi susah dan sukar kita hendak dapatkan Itek Air ini.

Tuan Yang di-Pertua, ciptaan Tuhan ke atas makhluk yang ada di dalam hutan ataupun setiap hidupan liar itu mempunyai pengertian yang tertentu dan tidak boleh direka-reka oleh manusia. Kewujudan mereka ini ialah kehidupannya sekelompok-kelompok, bermasyarakat juga di dalam hutan. Misalan di dalam hutan mereka ini pun ada puak-puak dan ada ketuanya, Kalau Harimau atau Singa itu kita gelar
dia "raja di hutan"; kalau sang Kancil itu kita gelar dia ini "si-cerdik di hutan."
Begitu jugalah masyarakat binatang-binatang di hutan belantara ada cara-cara hidupnya yang teratur dan semula jadi yang dijadikan oleh Allah.

Sebagai contoh binatang Kangaroo misalnya melambangkan identiti negara Australia. Binatang Zarafah ataupun Kuda Belang membayangkan benua Afrika seperti negeri Kenya.
Dan jika kita sebut Sang Kancil misalnya melambangkan negeri Melaka kerana negeri Melaka sekarang kalau kita datang dan masuk ke daerah Melaka, kita nampak dua ekor Sang Kancil menunggu. Jadi ada sempenanya, Tuan Yang di-Pertua dan mungkin kawan-kawan .banyak membaca cerita sejarah bila mana seorang raja datang membuka hutan negeri Melaka, berteduh di bawah pokok Melaka, mereka nampak Sang Kancil boleh mengalahkan anjing raja yang begitu kuat sekali. Jadi,dengan sebab inilah negeri Melaka mengambil sempena Kancil dijadikan lambang negeri Melaka walaupun kecil tetapi gagah. Mudah-mudahan negeri Melaka walaupun kecil, biarlah negerinya masyhor dan gagah dari negeri-negeri lain di seluruh Malaysia, Dan banyak lagi hidupan liar yang dijadikan lambang sesautu negara dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, tindakan Kerajaan untuk meminda dan menperkemaskan undang-undang hidupan liar ini adalah kena pada tempat" nya dan selaras dengan keadaan dan setengah-setengah manusia yang suka mencari keuntungan tetapi perbuatan mereka itu lama kelamaan akan memupuskan hidupan liar di hutan negara Malaysia ini. Kalau kita tidak cegah manusia ini akan membuat perkara ini berterus-terusan dan akan menjalankan hobinya berterus-terusan.

Selain dari tindakan haram yang pernah dilakukan terhadap hidupan liar itu Kerajaan juga perlu mengawal hidupan liar ini daripada berbagai penyakit. Dan jika dibiarkan akan menjadi pembawa penyakit dan wabak yang merbahaya. Seperti di negeri-negeri barat,Tuan Yang di-Pertua, saya lihat di akhbar-akhbar dan di kaca TV ada
klinik binatang. Misalnya kalau kucing kita bersin, sakit; kita boleh bawa ke klinik, Ini juga sekurang-kurangnya dari segi agama pun kita dapat pahala kerana dapat raemelihara dan menyelamatkan nyawa binatang-binatang selaia daripada binatang ternakan yang kita bela di rumah, mungkin juga kalau gajah kita sakit, kuda, rusa dan
sebagainya, yang kita payah dapat, kita ada klinik untuk merawat binatang-binatang ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita pernah juga melihat setengah-setengah orang menjual burung-burung di tepi jalan. Burung-burung itu misalnya dimasak sop di situ juga dan apa yang menghairankan klta ialah dari mana mereka atau penjual tersebut mengimport atau menangkap burung-burung itu. Ada setengah-setengah kedai itu dia ada buat sangkar-sangkar burung, .kita boleh pilih. Kita datang hendak makan sop apa, sop merpati atau sop burung apa, yang kita hendak kalau dia orang Islam dia boleh sembelih dan siang di situ juga. Kita boleh buat sop. Tetapi saya fikirkan, saya hairan di mana dia dapat burung ini khususnya burung-burung yang cantik-cantik.

Pihak Kementerian mesti mengawasi dari mana dia dikeluarkan sama ada diimport dari luar negeri atau diterokai di hutan belantara kita. Ini kita kena memerhati dan mengawasi perbuatan mereka ini.

Dan bagaimana mereka boleh terlepas daripada pegawai-pegawai penguatkuasa yang mengawal hutan belantara kita. Oleh itu kita berharap apabila bidang kuasa yang lebih luas diberikan -kepada pegawai-pegawai tersebut. kita berharap janganlah
mensia-siakan Kerajaan dan masyarakat. Dan jangan pula pegawaipegawai tersebut menghampakan harapan rakyat dan Kerajaan seperti kata orang Melayu "harap pagar, pagar makan padi." Jadi, kita harapkan pegawai-pegawai ini nanti, pegawai-pegawai itu pula mencari burung-burung dt hutan. Saya tidak menuduh, ini misalan sahaja.
Mengambil burung-burung di hutan, burung-burung dan apa sahaja seperti kulit buaya, kulit ular dan sebagainya dijual. Inilah yang dikatakan "harapkan pagar, pagar makan padi".
Kita tidak mahu perkara ini berlaku. Jadi, sebelum ianya terjadi kita ingatkan dulu. Dan mana-mana ada pegawai-pegawai yang tidak jujur dan kita mempunyai bukti terhadap mereka pegawai-pegawai yang tidak jujur ini mestilah dihadapkan ke mahkamah dan menerima hukuman yang setimpal.

Tuan Yang di-Pertua, kita berharap Kementerian yang berkenaan harus juga raemikirkan di masa akan datang pengwujudan satu peruntukan yang baru di dalam Akta Perlindungan Hidupan Liar ini, menggalakkan orang ramai menyampaikan maklumat kepada Jabatan yang
berkenaan mengenai kegiatan-kegiatan haram terhadap hidupan liar dinegara ini. Itu yang penting. Kalau Kementerian tidak ada orang yang memberikan maklumat, dia tidak tahu benda-benda ini jauh tersorok. Misal kaca di Sarawak di butan belantara macam di guaguanya, banyak barang-barang yang berharga dan hidupan yang liar.
Jadi kalau tidak ada orang yang menyampaikan maklumnat itu kepada Kerajaan, Kerajaan tidak tahu. Dan maklumat serta orang yang menyampaikan maklumat itu mestilah dianggapkaji rahsia besar.

Peruntukan yang baru ini memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Hidupan Liar mencadangkan hadiah mengikut keadaan sesuatu kes daripada peruntukan perkhidmatan rahsia. Orang yang memberi rahsia itu kita kena b e r i ' h a d i a h dan merahsiakan namanya. Kalau katalah "Fatimah binti Ahmad" memberi rahsia, kita rahsiakanlah jangan hebahkan.

Jadi ada manusia yang akan tampil ke hadapan memberikan maklumat dan membantu Kerajaan mengenai perkara tersebut dan memberikan hadiah dari peruntukan wang perkhidmatan rahsia sama seperti yang dilakukan oleh Jabatan Kastam. Kalau kita dapat memberikan maklumat kepada Jabatan ini, ia akan memberikan hadiah-hadiah yang tertentu mengikut kes-kes atau perkara-perkara besar atau kecilnya.

Saya fikir dengan cara ini orang ramai akan lebih berani memberi maklumat kepada Kerajaan kerana kehidupan liar yang masih wujud dinegara kita hari ini sedang diancam oleh orang-orang- yang ttdak bertanggungjawab.

Tuan Yang di-Pertua, banyak kuasa-kuasa telah dinyatakan dengan sahih tadi seperti mengadakan waran tangkap, mengadakan sekatan jalan, kalau kita layak boleh tangkap, tidak ada apa persoalan, kalau undang-undang yang lama tidak dapat berbuat demikian kerana undangundang yang ada tidak membolehkannya.

Menyentuh kepada pemburu-pemburu yang banyak disebutkan tadi,saya juga merasa bahawa peraburu-pemburu haram ini memanglah berleluasa sangat. Selain daripada pemburu haram terdapat juga orang yang menggunakan cara lain seperti memasang jerat, meracik dan lain-lain. Saya tak faham sama ada Jabatan PERHILITAN ada mengeluarkan lesen kepada orang yang menggunakan racik, jerat dan lain-lain ini. Yang saya tahu ialah kepada pemburu-pemburu yang ada senjatapi sahaja yang dikeLuarkan. Saya rasa kalau tidak ada sepatutnyalah Jabatan ini mengeluarkan lesen kepada mereka kerana kalau kita tidak keluarkan lesen, mereka menjalankan kegiatannya juga dan kita tidak dapat hasil untuk menampung atau menambah wang negara. Kalau kita kenakan lesen dan beri satu peraturan undangundang yang ketat, saya rasa dla dapat menggunakan Lesen itu dengan mengikut sepertimana yang telah digariskan seperti juga pemburu-pemburu halal yang mengambil lesen, yang telah ada peraturannya, kecualilah pemburu-pemburu haram tadi.

1 ulasan:

Zul berkata...

TQ bro Ez for your info.