jana wang

BURUAN

BURUAN

Rabu, 3 Februari 2010

HERBA - SUPER TONIK UTK PIKAT & TUAN DIA

berita dan info terbaru dpt dari pakar dlm bab formulasi tradisi dan pengalaman org tua terdahulu maka dilaporkan utk meransang kesihatan "love pet " spesis unggas dan manusia memelihara kesihatan antaranya:-

Nama Tempatan: Sambung Nyawa
Nama Saintifik: Gynura procumbens
Nama Lain: -
Daun Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mollucan spinach,Sambung nyawa, Daun Dewa, am Akar, Akar sebiak, dan Kelemai merah, bai bing cao
Famili: Asteraceae

keterangan:
Sambung nyawa adalah jenis tumbuhan tahunan yang banyak digunakan dalam perubatan dinegaranegara asia tenggara seperti Malaysia , Indonesia dan Thailand. Ia mudah membiak melalui keratan batang dan mudah tumbuh di kawasan yang agak redup dan mempunyai kelembapan yang sedernana.

kegunaan:
Mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi.Di Malaysia ia juga digunakan untuk merawat sembelit,kencing manis dan kanser.Ia juga digunakan untuk merawat masalah buah pinggang.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Nama Tempatan: Cekur Manis
Nama Saintifik: sauropus androgynus
Nama Lain: Taruk manis, asin-asin, cekup manis, sweet leaf bush,katuk, ma ni chai,
Famili: Euphorbiaceace
Lokasi dijumpai: Sayuran

keterangan:
Tumbuhan yang popular sebagai sayuran di Malaysia ini boleh mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tidak dicantas.Namun untuk mengekalkan kesuburan dan memastikan penuaian yang berterusan ia perlu dicantas selalu hingga mencapai ketinggian 1-2 meter.Ia membiak melalui dua kaedah biasa iatu biji benih dan keratan batang namun benih yang dihasilkan melalui keratan batang lebih bermutu.Ia mempunyai daun yang berwarna hijau gelap dan tersusun rapi di kiri dan kanan tangkai.Buahnya berwarna putih ketika muda dan akan berubah menjadi merah samar atau coklat ketika matang.Daunnya yang masih muda sedap dijadikan sayuran seperti dijadikan masak lemak, sup dan digoreng bersama udang kering. Pucuknya yang masih muda begitu rangup dan mempunyai rasa seakan-akan asparagus.Selain dari dijadikan sayuran ia juga boleh dijadikan pewarna makanan sama seperti daun pandan dan warna yang dihasilkan oleh daun cekur manis lebih gelap dari warna yang dihasilkan oleh daun pandan. Ia juga selalu dicampur dengan perahan daun pandan untuk mendapatkan warna yang lebih gelap.Keistimewaan tumbuhan ini ialah walaupun telah dimasak warna hijau gelapnya tetap kekal.Bunga dan buahnya juga sedap dijadikan sayuran.Daunnya mengandungi banyak provitamin A karetinoid,terutamanya daunnya yang baru dipetik dan masih segar.Ia juga mengandungi vitamin B, C protein dan mineral.Kandungan nutriennya semakin tinggi jika daunnya semakin tua.Tumbuhan ini tumbuh dengan lebih subur dikawasan yang agak redup, ia boleh bertoleransi terhadap tanah yang mempunyai kandungan asid yang tinggi (masam kelat) dan boleh tumbuh dikawasan tanah liat. Serangga perosak utama tumbuhan ini ialah sejenis kumbang Adoretus sinicus.

kegunaan:
Cekur manis digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. ia juga di gunakan untuk menghitamkan rambut bayi.Jusnya boleh digunakan untuk mengubat sakit mata dan demam. Namun pengambilan berlebihan cekur manis juga dikatakan boleh membawa kepada masalah paru-paru: sila rujuk pakar

p/s kelak akan dilancarkan satu tonik ready use oleh sahabat dr ulu langat dinamai dgn E/M maklumat lanjut nnt saudara JUNAIDI a.k.a Hachirokku77 bg info aku dah guna

aku dpt maklumat dr beliau good info nice to try utk perform pikat bg kaw2 testimoni dtg umah.....hehehehee...just one drop dlm air minum jer....

4 ulasan:

CHILI DE' NGUKU berkata...

waduh...waduh pak..koknya gitu? mai secawan...

2ez berkata...

bisa aja kang mas....ini tonik mujarab utk burung melancarkan sistem penghadaman dan membuang cacing pd burung bukan itu aja bisa melunak kan lg suara nya gitu...

junaidi @ Jerun Roku berkata...

E/M.. sesuai untuk binatang peliharaan kita..
sejenis bakteria yg membantu pencernaan.. membunuh bakteria yang tak di perlukan.. dalam usus binatang..
(dgn cara bagi minum bancuhan amat cair macam tea O Nipis giler)
najis kurang berbau dan cepat mereput(sesuai dijadikan baja organik)
boleh di sembur kepada sangkar atau reban.. bancuhan agak gelap (macam tea o keras) sembur di seluruh reban.. di tanah.. dan juga badan ternakan..
bulu cantik.. mengurang kan hama...

POKOK SAMBUNG NYAWA.. MEMBANTU BINATANG menstabil kan PH DALAM USUS.. buang asid..
cara bagi makan.. bagi terus aje.. atau di racik halus2 campur dgn makan burung/ternakan

POKOK CEKUR MANIS..petua org tua2 den dulu.. batang cekur manis yg matang di rendam di dalam bekas minuman.. sehingga berakar.. dan dibiarkan selama-lamanya.. sampai tumbuh daun pun tak apa.. di percayai .. membuat suara burung menjadi lebih mantap..

selamat mencuba..

den dah cuba.. dan praktikan semapai sekarang

2ez berkata...

tu dia eh.. complete detail bg jawap sapo mau leh cari bro junaidi dgn harga yg patut dgn poket kito....yg ponting E/M tu pehh...marveles