Terdapat beberapa saiz racik iaitu sama ada 37, 32, 27, 24, 17 15 dan 11 mata bagi satu rawan racik. Racik yang mempunyai mata yang banyak digunakan untuk meracik di atas tanah iaitu mata 37, 32, 27 atau 24. Manakala racik dengan mata 17 dan 15 digunakan di atas tunggul atau batang kayu lapuk. Bagi racik yang dipasang di atas dahan atau pelepah pula adalah dengan mata 15 atau 11.

Menjebak burung menggunakan racik perlu menggunakan denak atau pemikat. Denak ini berbeza mengikut tempat di mana racik hendak dipasang. Sekiranya racik dipacak di atas tanah, denak yang digunakan adalah burung jantan. Sementara denak yang terdiri dari burung betina digunakan bagi racik yang di pasang di atas dahan. Mata racik hendaklah dipacak satu persatu dengan cara tersendiri yang digemari oleh pemikat burung. Antara cara yang digunakan ialah secara bersilang, mengikut pusingan atau secara berjajar. Ia dipacak supaya gelung nilon hampir mencecah tanah dan dipacak mengikut cara pacakan yang sama bagi kesemua mata racik. Berhampiran mata racik diletakkan denak sebagai pemikat. Pergerakan denak tidak harus sampai kepada mata racik dan ini perlu dipastikan supaya denak tidak terkena racik yang dipasang. Burung yang berada di kawasan tersebut akan datang menghampiri denak dan pada waktu yang sama akan terjerat oleh racik.
Selepas digunakan racik perlu dicabut dan disimpan dengan rapi. Mencabut racik perlu dimulakan dari hujung di mana tiga jari digunakan untuk memasukkan gelung racik satu demi satu sehingga sampai kepada tali kajar. Racik dikemaskan dan dimasukkan ke atas gelungan getah dan diurut supaya rapi dan hujung tali kajar disisipkan ke dalam gelungan getah. Sekiranya racik dijaga dan disimpan dengan rapi ianya boleh tahan sehingga 20 tahun dan jika tidak dijaga ianya akan rosak dalam tempoh yang singkat lebih kurang 1 hingga 3 tahun.
Racik & Lekar
Cara menggunakan Racik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan