jana wang

BURUAN

BURUAN

Rabu, 27 Januari 2010

PROMOSI PIKAT SG

pikat otai nie dah rekrut mcm2 kaedah, pacak kok mana boleh......dan akan cari tuan baru mulai 1hb Jan.2010 menanti rombongan merisik meminang....
game semasa test power 2010 boleh main 24 jam pikat nie....lebih 30 ekor bungkuih memandangkan 1 gear jo maka owner mutlak dah canang so .....sapo copek bkonan maka copek lah jd menantu eh..... sejarah ringkas; HASIL interview ringkas dgn owner nya..... ditangkap ;- 25hb Ogos 2005 SELADANG GANTUNG dilatih pada tahun 2007, terus naik jd pikat belom kalah laga lasak pikat nie.... .
>>>>>>>>>>>>>> so far mainan 1 hala deguk kadang2 ada guk, perap jo kojo agak eh leh tgk video rakaman boleh test laman dulu tgk game...... LIMITED OFFER!!!!!!

Isnin, 25 Januari 2010

LDG GEDDES_DLM KENANAGAN 2010

AHAD - 24hb Jan 2010 menjadi 1 kenangan indah kerana 20 org skuad elit gerak gempur TTF telah bersatu utk merasai pengalaman di N9.
ado yg dtg naik keto ado yg dtg naik moto yoh.....den dgn bro zam bhu sebagai pemandu pelancong bg trip test market utk 2010....keadaan yg gempar menjadi tanda tanya bg penduduk kg geddes....% penduduk TionHua 80% India 15% dan melayu + indo 5%.
ibarat den & bro zam sbg penganjur trip olok2 tp meriah....pado ari sabtu tu den ajak bro zam siasat lokasi pok esok ....roger .
hasil dlm tinjauan bro tapau seko gagap 3-4 mmg mantap den po tapau gak tapiii....

hehehe jd la
pada xtvt ahad tu bro zam sponser sarapan pg & mkn tghari TQVM bro....den modal dah paras idung......sok2 den blanjo
hasil operasi itu setakat jam 12.00 hanyo 2 ekoq jo dapek bwk kuar atas usaha cikgu appai dr palong dgn sahabat eh.....
den plak dobuih silap macak racik kat kawasan ado akar2 sawit haluis BH tjun tp racik x katup penuh trsangkut....2 mato racik kuncup pastu BH dah main jauh dr BB...
lepas makan sambil tgk show BH melayan pikat dlm catok kat tgh pekan pecah perout tgk gelagat BH tu...pastu merbuk plak buat aksi heheheh jd la wat penghibur hati...
laman last BB den layan seladang jati isi baik punyo fuhhhh...tojun la gamak eh....mlambung cari pikat skali sewah mlintas terus sepi kok ular menjalar pon leh dongar la...keciwa eh SJ x mau tojun....nnt den akan ulang....dapat nnt tau la kau jd pikat la gayanya....
walaupon x do hasil tangkapan kami enjoy mungkin BH berkabong respekk atas kemangkatan sultan johor slm takziah buat warga JOHOR.....

Rabu, 20 Januari 2010

OPERASI HONEYMOON 14hb JAN - 17hb JAN

SAKAN 4 ARI MRENDEK MCM2 RAGAM KETIKA MENCARI BURUNG HUTAN YG TERCUIT CUPING TELINGA.BEGINILAH KEADAAN DOK NGIMPIT SELADANG JATI DIBAHAU SIAP TEBANG ANAK POKOK BUAT TITI POK NYEBERANG SAWIT TINGGI LONGKANG EH DALAM DAH BERAIR PLAK NAK SERIBU DAYA SERIBU USAHA

DAH NAIK SERAK bb DOK PANGGIL X JUGA BH MELAYAN JENGOK PIKAT CEH SOMBONG BANGAT BH SKANG YE....NNT LEPAS RAYA CINA NI SIAP KORANG BRKUMPUL DLM LADUNG.... >>>> KESIMPULANNYA......MERAYAU MERONDA MENCARI LAMAN DAN MARKING KAWASAN DLM MAP UTK KUTIP MUSIM DTG.....

Khamis, 14 Januari 2010

14/01/10- HADIAH De HARI YAM TUAN BESAR N9

jam 5.30am mata dah cerah bila BB dok nguku...ngigau ker BB nie...x sabar plak nak gi operasi kot... jam 7.30am siap kluar umah ronda depan umah bro zam bhu, umah gelap plak isk....tido ka atau dah dlm laman. aahhh....lone ranger la ronda bahau estet.... jumpa laman cun pacak racik atas plepah dulu test market.....BH x layan....cuaca cun nie...pindah laman angin sejuk brtiup adus.....BB dah tarik gebar plak ksejukan...... ronda punyer ronda dah jauh mrayap aahhh....ni kes sesat nnie....skali kuar area MAHSAN plak mak ai jauh eh.... sessi pagi dukacita... balik umah jam 01.00pm makan dulu la.....smbil sms bro zam amcam hasil di JERAM PADANG......sume dukacita atas faktor cuaca berangin sejuk. ptg amacam eh kok ronda jom kito.... sessi ptg jam 04.00pm bwk awek ronda2 dtg umah bro zam bhu cuaca dah mendung plak mcm nak ujan nie....."mendung tak bererti huhjan" bro zam ajak naik kete mronda di jelai ok cun....ingat gi lonek. jom kito sosah sladang dulu.... kecewa siap pacak racik boh BB atas tunggui....BH plak sepii puas "pakai ilmu pukau" tiup tangan dan mcm2 x gak BH menjawab ceh....pindah.....bro zam ajak blakang skolah jelai ..... cari laman hehehe.....sunyi jer....aahhh....pacak jer la nnt bunyi la....siap....cari posisi strategi siap pakai 1st time jubah halimunan ....ttiba.....awek enjut smacam jer rupanya atas wayar dah ader tinjau awek nie.... tapau sms LONG dgn Bro reseli minta racik satu set BH dah bwk terbang.....hehehehe...gurau jer...apsal plak kaki BH nie.....kudung jari 2 btg, ader tali kaki plak uiks....burung bsawan ker pindahh.... otw balik singgah kat temeris.....peh atas wayar BH dok tegak mcm "si cincang" tringat BB kat JENGKA dulu cari laman tgk ader kawasan baik punyer....tp....BH x layan dok lambung guk stempat jer...gagak & helang putih lalu awek dan sladang bro zam dah kecut perut... aiks ado plak dengar nguku atas wayar td...jom slman lagi....ok...cari lokasi den pacak topi jln yo..... bro zam sbelah tingkap jer dekat2. awek den bagi slm pekenalan "yu huuuu...." skali BH enjut smcam BB bro zam pon cergas jawab siap main angin ....pap pap pap .....sekoq lagi mai plak....aik...2 ekoq atas anggar.... apsal plak awek nie...brsolek, bgincu lama sgt....sepii.....ceh...kene guna ilmu pukau lagi nie.....kukukukuuuu....BH jwb .....terjun dah...angguk bjln ke arah awek mana mau lari ....
brani ya nak rogol awek den masuk pangkal peha tuuuu.... mcm "TEMBAGA" agak eh la hehehee bro zam tlg pegang BH nie jap den nak kemas racik abis kusut masai take time nak kemas nie.... jap3 nak snap foto dulu.....peh dasat BH nie...balik trus tambat nie okk jom balik jam dah tunjuk 6.50pm.....samapi umah bro zam mlepak post mortem dulu, pekene alicafe dulu , bro zam call member kamcing mai la sembang, member bru jer balik dr ngajar BB, frust x tjun sembang2 jam dah tunjukm 08.00pm. org umah pon dah call "x ingat nak blik umah ko?" alamak !!!!!best punyer sembang ok jumpo laie nnt sabtu & ahad nnt kito operasi lagi.... sampai umah mandi dulu pastu setting sangkar layang baru, tambat dah..... 2nd BH DEN NAMO "TEMERIS"
sngkar layang bru beli kat kedai big show, tali baru mcm tau2 jer nak tambat BH baru..hehehee amacam ok ke BH ni yg nie "si kudung,

permainan x tau lagu mano, yg ponting tambat dulu x bunyi 2 bulan dok ladung deme

Sabtu, 9 Januari 2010

OPERASI DI BAHAU ESTET

09-01-2010 sabtu.
jam 08.00am sms bro Zam Bhu tanya cuaca pagi ni mcm mane. ok cun jam 08.30am akhirnya sampai umah beliau slps melilau cari. Peh penuh sangkar brsangkutan keliling umah. gerak ronda slps minum pagi di Mahsan Laman cun tu tapiii......hening sunyi sangat mano poie BH kawasan nie??? Ronda punyer ronda akhirnya sampai jua kawasan biasa utk dijajah smula Bahau ioi estet.....

jom serbu den bro zam bhu tanpa berlengah cari laman pacak racik.
BB den dok atas pelepah jer skali sudah tembak langit 2 ekoq BH.....musing2 terus senyap sambil diselangi dgn lintasan hormat si helang....

begini lah rakaman laman zon A. ajak bro zam jom ronda jauh skit kita pergi zon B plak. ronda2 sampai sajer dok pacak racik skali BB main angin semacam rupanya sang sewah plak kejar burung menah dapat jadi lauk pagi ni nasib x BB den jadi lauk. cabut....cari laman lain. Hari ini byk plak gangguan mikat. Dgn org metik kelapa sawit, sewah, helang.....akhirnya di laman akhir trdengar soro angguk gagap dok melayan atas sawit ...preeenggg...himpit cepat. dukacita nya game arini....tgk jam dah kul 0100pm. kecewa plak ai...
bro zam bhu ajak balik jom kita sok try laie.

Khamis, 7 Januari 2010

ARKIB : 31/12/2009-utusan malaysia edisi TIMUR

Hidupkan tradisi jinak tekukur

Ahli TTF dari seluruh negara yang berhimpun melakukan aktiviti memikat burung tekukur di Kampung Sungai Kiol, Jerantut, baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------
JERANTUT 30 Dis. – Sebagai insan biasa, setiap manusia mempunyai minat dan hobi bagi memenuhi masa senggang masing-masing. Namun, ada kalanya hobi yang dilakukan bertukar menjadi usaha yang boleh mendatangkan rezeki yang lumayan.

Tidak kira apa pun hobi yang dilakukan, ia lebih bertujuan memberi kepuasan peribadi walaupun sanggup berhabis wang dan masa.

Disebabkan hobi juga, seseorang sanggup datang dari tempat yang jauh untuk mendapatkan sesuatu yang tidak boleh ditemui di tempat asalnya.

Ada juga hobi yang mampu melestarikan warisan bangsa dan mengangkat kesenian agar tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas.

Malah, hobi tersebut dapat dijadikan sebagai salah satu daripada acara dalam kalendar pelancongan.

Tidak kurang juga terdapat hobi yang semakin ditelan zaman akibat perubahan semasa dan kemajuan teknologi.

Salah satu hobi tersebut ialah aktiviti menjinakkan burung tekukur yang pernah menjadi kegilaan di kalangan masyarakat Melayu dahulu.

Bagi memastikan hobi tersebut tidak terkubur, seramai 60 pemelihara dan peminat burung tekukur berhimpun di Kampung Sungai Kiol di sini baru-baru ini semata-mata mahu berkongsi minat tersebut.

Mereka terdiri daripada ahli Kelab Tekukur Ten Forumer (TTF) dari seluruh negara yang berhimpun di sini dalam usaha menghidupkan semula tradisi menangkap, menjinak dan memelihara burung tekukur yang pernah menjadi salah satu hobi masyarakat Melayu suatu ketika dahulu.

Perhimpunan sehari itu menyaksikan ahli-ahli kelab terbabit membawa pelbagai peralatan bagi menjalankan demonstrasi menangkap dan menjinakkan burung tekukur.

Acara bermula pada awal pagi apabila setiap ahli beredar ke kawasan masing-masing sambil membawa ‘tekukur denak’ yang digunakan bagi memikat dan mendapatkan burung tekukur menerusi kaedah tradisional iaitu menggunakan racik dan jebak.

Jumlah tangkapan (burung tekukur yang berjaya dipikat oleh denak) terbanyak akan diiktiraf sebagai pemenang.

Bagaimanapun, burung tekukur yang diperoleh itu akan dilepaskan semula ke dalam hutan supaya haiwan itu bebas dan membiakkan spesiesnya.

Selain melaksanakan aktiviti memasang denak, inovasi para ahli juga turut dinilai menerusi kesenian ‘catuk’ atau bekas simpanan burung tekukur mereka yang dijadikan denak.

Menurut Penyelaras Projek, Ramli Rosdi, kegiatan berkenaan merupakan pengisian tahunan untuk menghimpunkan ahli TTF seluruh negara tanpa mengira kaum dalam usaha mengeratkan hubungan dan semangat muhibah berasaskan gagasan 1Malaysia.

‘‘Pertemuan ini membolehkan ahli kami yang mempunyai permit memelihara burung tekukur bertukar pendapat dan bersama-sama memikirkan kaedah tertentu bagi mengembangkan lagi kesenian dan warisan memikat burung ini.

‘‘Aktiviti ini lebih bersifat pengetahuan bagi membantu kerajaan menjaga ekosistem dan biodiversiti yang ada di samping mendedahkan kegiatan memikat burung tekukur ini supaya diketahui generasi hari ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Kiol baru-baru ini.

Menerusi pertemuan itu kata Ramli, ahli dapat mengetengahkan kemahiran dan inovatif mengenai kesenian pembuatan catuk serta cara memikat burung tekukur berasaskan minat dan kebolehan masing-masing.

Sementara itu, seorang peminat burung tekukur berlesen dari Kuala Lumpur, Mohd. Nasir Hussein, 40, memberitahu, program itu antara kaedah terbaik memulihara warisan seni memikat tekukur dan mendedahkan kepada masyarakat bahawa kegiatan tersebut bermanfaat ke arah mengangkat seni warisan tradisional untuk tatapan pelancong.

‘‘Program tahunan ini ditumpukan di setiap lokasi yang berbeza bertujuan menambah bilangan ahli dan peminat tekukur dalam usaha mengembangkan warisan di kalangan belia,” katanya.

Ahli TTF dari Negeri Sembilan, Lokman Man, 34, pula berkata, kegiatan itu dapat menyatukan peminat burung tekukur yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan kaum dari seluruh negara.

‘‘Penyertaan semua kaum dalam kegiatan TTF menzahirkan perpaduan dan mendedahkan kepada masyarakat mengenai kebaikan kegiatan ini,” katanya.

Rakannya dari Kelantan, Nordin Yusof, 45, pula menjelaskan, banyak pengetahuan dapat dicanai menerusi pertemuan tahunan itu sekali gus tradisi memelihara burung tekukur dapat dikembangkan pada masa akan datang.

‘‘Kegiatan ini dapat mendekatkan ahli dengan alam semula jadi dan habitat burung tekukur yang menjadi penyumbang kepada keseimbangan alam,” tambahnya.

Rabu, 6 Januari 2010

LASTIK-Senjata Pertahanan Asas Ketika Operasi



Lastik adalah sejenis alat untuk memburu burung dan alat untuk pertahankan diri. Kelebihan alat ini iaitu tidak mencemarkan alam sekitar kerana ia menggunakan bahan semulajadi dari hutan dan bahan terbuang. Kebanyakan alat ini dijadikan sebagai alat mainan oleh kanak-kanak atau remaja kampung untuk melastik burung dan buah-buahan.

Bahan utama dalam proses pembuatan lastik adalah cabang ranting anak kayu yang berbentuk 'Y', getah lastik, kulit sebagai tempat meletakkan batu peluru dan getah bulat/gelang sebagai getah pengikat. Biasanya tiub basikal yang sudah tidak digunakan digunting untuk dijadikan laras lastik.

Cara membuat lastik:

a) Mencari cabang ranting anak kayu yang berbentuk "Y"

b)Pada pangkal atau pemegang lastik dibalut dengan getah tiub tayar basikal supaya ianya kelihatan seperti bahagian pemegang raket badminton.

c)Tiub tayar basikal akan digunakan untuk dijadikan getah lastik. Gunting getah tersebut sepanjang satu kaki dengan lebar setengah inci setiap satu.

d) Untuk menyediakan lapik kulit untuk pelurunya adalah menggunakan kasut-kasut kulit yang tidak digunakan. Potong lidah kasut mengikut bentuk bujur.

e)Pada kiri dan kanan lapik kulit akan ditebuk dua lubang. Getah lastik akan diikat dengan getah bulat pada lapik kulit ini seakan seperti bentuk buaian.

f)Kemaskan ikatan pada kedua-dua cabang lastik tadi.

g) Kemudian ia diuji kekuatannya. Peluru bagi lastik adalah seperti batu kerikil sebesar guli ball bearing kete dan biji getah.

Warisan Budaya-Jebak Burung

Jebak ialah sejenis alat (perangkap) untuk memerangkap binatang, lazimnya burung, biawak, musang, landak dan lain-lain. Jebak diperbuat daripada rotan (kulit atau isi) atau buluh yang diraut menjadi bilah kecil dan dianyam mengikut bentuk yang digemari. Biasanya jebak berbentuk separuh bulatan dengan tapak yang rata, dilengkapi dengan pintu kecil dan tempat menggantung jebak. Di dalam jebak ini terdapat tali jerat yang dilaraskan kepada pintu jebak.

Pemburu (pemikat) burung akan meletakkan seekor burung yang mempunyai suara merdu dalam jebak digunakan untuk memikat atau menggoda dan menipu burung yang berkeliaran di kawasan belukar atau hutan. Semasa dibawa ke kawasan tersebut jebak ditutup dengan kain. Apabila tiba di kawasan yang telah dikenalpasti mempunyai burung, jebak akan diletakkan di atas tanah di mana penutup dan pintu jebak dibuka. Mata jerat dipasang dalam satu lengkaran atau bulatan di hadapan jebak Pemikat akan memerhatikan dari jauh. Suara (bunyi) burung dalam jebak dapat memikat burung-burung di situ untuk menghampiri dan masuk ke dalam jebak atau terkena jerat yang dipasang.

Apabila burung masuk dan terpijak jerat yang dipasang maka pintu jebak akan tertutup. Burung ini akan dipelihara oleh pemikat sama ada untuk hiasan, pertandingan dan ada juga yang menjualnya kepada kawan-kawan dan peminat burung. Terdapat juga jerat bagi memerangkap binatang liar yang merosakkan tanaman seperti musang dan tenggiling. Bagi tujuan ini ia dikenali sebagai perangkap dimana ianya lebih besar dan diperbuat daripada bilah besi.

Bagi memerangkap binatang liar atau buas yang mengganggu dan membahayakan ternakan seperti ayam, itik dan kambing serta tanaman seperti ubi kayu, keledek, pisang perangkap atau jebak yang lebih besar dan kukuh digunakan.Iannya dipasang dikawasan semak, belukar atau pepohon rimbun seperti buluh dan disediakan dengan makanan kegemaran binatang seperti bangkai binatang, buah betik atau buah-buahan lain yang sesuai dengan binatang yang hendak diperangkap.


jebak burung wak-wak(ruak-ruak)

Warisan Budaya-Racik Burung

Racik merupakan sejenis perangkap untuk menangkap burung. Racik diperbuat daripada beberapa bahan seperti potongan tembaga, tali tangsi, benang dan getah. Tembaga halus sepanjang kira-kira 3 inci dijadikan tiang racik. Tali tangsi sepanjang 6 inci bagi satu mata racik. Hujung tali tangsi disambung dengan benang nilon halus yang dipilin atau dipintal supaya kejap dan disimpai dengan tembaga halus berbentuk seperti nombor 8 atau pin pancing ikan. Bagi racik yang matanya sedikit pemberat seperti timah ladung yang kecil digunakan. Ini membentuk satu mata racik. Antara satu mata dengan mata yang lain disambung dengan tali kajar yang dibuat dari tali precut supaya racik tidak tercabut dibawa lari oleh burung.

Terdapat beberapa saiz racik iaitu sama ada 37, 32, 27, 24, 17 15 dan 11 mata bagi satu rawan racik. Racik yang mempunyai mata yang banyak digunakan untuk meracik di atas tanah iaitu mata 37, 32, 27 atau 24. Manakala racik dengan mata 17 dan 15 digunakan di atas tunggul atau batang kayu lapuk. Bagi racik yang dipasang di atas dahan atau pelepah pula adalah dengan mata 15 atau 11.

Menjebak burung menggunakan racik perlu menggunakan denak atau pemikat. Denak ini berbeza mengikut tempat di mana racik hendak dipasang. Sekiranya racik dipacak di atas tanah, denak yang digunakan adalah burung jantan. Sementara denak yang terdiri dari burung betina digunakan bagi racik yang di pasang di atas dahan. Mata racik hendaklah dipacak satu persatu dengan cara tersendiri yang digemari oleh pemikat burung. Antara cara yang digunakan ialah secara bersilang, mengikut pusingan atau secara berjajar. Ia dipacak supaya gelung nilon hampir mencecah tanah dan dipacak mengikut cara pacakan yang sama bagi kesemua mata racik. Berhampiran mata racik diletakkan denak sebagai pemikat. Pergerakan denak tidak harus sampai kepada mata racik dan ini perlu dipastikan supaya denak tidak terkena racik yang dipasang. Burung yang berada di kawasan tersebut akan datang menghampiri denak dan pada waktu yang sama akan terjerat oleh racik.

Selepas digunakan racik perlu dicabut dan disimpan dengan rapi. Mencabut racik perlu dimulakan dari hujung di mana tiga jari digunakan untuk memasukkan gelung racik satu demi satu sehingga sampai kepada tali kajar. Racik dikemaskan dan dimasukkan ke atas gelungan getah dan diurut supaya rapi dan hujung tali kajar disisipkan ke dalam gelungan getah. Sekiranya racik dijaga dan disimpan dengan rapi ianya boleh tahan sehingga 20 tahun dan jika tidak dijaga ianya akan rosak dalam tempoh yang singkat lebih kurang 1 hingga 3 tahun.


Racik & Lekar


Cara menggunakan Racik



Ahad, 3 Januari 2010

OPENING 2010 Jan 02

sabtu:- jam 0830am
lokasi:- bahau estet
2 skuad elit
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
jam 8am member dah tpacak depan umah den kek jemapoh. packing alat perang, gerak gi bahau. dlm perjalanan diselubungi kabus, krn mlm ujan. sampai lokasi matahari kejap ada kejap mendung. masuk post jaga check in. tuju sungai sebaling.....laman cun, pacak kat anak getah baru tanam coz ada yg tembak langit. kelam kabut pacak racik. aahhh....blasah jer la mana laman ok. pikat kuar dr cetok trus enjut sakan..... sampai sekoq, skali ujan renyai2 turun plak. x po lah sabo yo...tapau beb....

sungai sebaling, bahau 02.30pm
ni tapau 1, rupa dia samseng sakan hah...muda lagi nie tp dok nyesah denak semacam jer.....kopi-o 1, x ngam la ini BH.
teruskan operasi jelajah krana faktor cuaca x cun sessi pagi agak dukacita, on the way kuar kawasan baju dah basah, tembakau jawa dah lenjan , parking sat,

nyala okok surya ttiba dok dgr atas sawit tua ado kkecohan berlaku BH dok nguku, apalagi jgn buang masa beb...ajak member jom slaman lg, laman plak basah, semut byk skali tpandang satu pokok sawit rebah mati...cantik nie...siap skodeng BH suara kasaq mai dah....apalagi denak BB kene interbiu sakan ttiba...... mat indon pekerja estet lalu sakan laju nak balik umah Lunch kot...BH cabut.....BB dok lambung Guk heheeehhhee....tu dia dah mai dah. akhirnya terjun gak BH ni, suara kasaq mmg dpt trus tmbat nie tringat petua sifu snipers cari lambung guk ujung jatuh lembut...pehhh.....

atas btg sawit rebah, rebah jua BH yg ke2, jam 03.30pm ujan dah mencurah2 akhirnya... angkat BB masuk catok, dan tangkap BH...ni dia.....amik foto pon express jer tu pasai ader gegar skit foto shoot...

ceh....kene ujung jari jer(kuku) nasib x putih mata, dpt pegang BH racik dah lucut jer.... :gd kene kaji skill pacak racik nie...
kelam kalibut den "ani angkat kain jemuran ujan dah turuuuunnnnnn....."

bila la racik pelepah baru den nak siap? x sempat susun racik dok keronyok jer sampai umah nnt baru betui kan. ingat nak sms NANENG tlg. dah bungkus BH terus mrempit optima balik umah sejuukkkkk......ujan lebat. smpai terusan x plak ujan? masuk josseh ujan plak. smpai umah mandi dulu....pastu boh sekoq dlm ladung yg 1st dpt, 2nd terus tmbat....tgk amcam ok ker dok...

berbaloi2....ari ujan pong tapau :b opening 2010 nmpak gaya tahun ni leh wat rendang daun puding nie....heheehehehe..nnt nak ajak bro zam bhu la g operasi..
TUNGGUUUUU....!!!!LADANG BAHAU iOi, ladang ayer Hitam, KOK FOH.