
Baru beberapa bulan merapat ukhwah dgn otai nie...10 tahun dahulu terkenal di kuala lumpur area pantai dalam. kini beliau balik kampung di parit tinggi, beting. mula beraksi melaman sekitar umur 9 tahun. Gelaran banyak tapi popular dgn nama "Hulk Hogan" kerana misai dan iras wajah seakan sama dgn wresler tu...selain itu dikenali " Tok Awie @ Alwi. Umur lingkungan 60 - 70 tahun.
Sekarang beliau layan merbuk kerana faktor kesihatan x leh lama mencangkung pacak racik, lutut dah goyah...main merbuk senang naik kantau jer....
kepakaran beliau anugerah tuhan membikin catok labu, jebak dan sangkar layang. setelah membooking 2 bulan baru ler kini ia menjadi miliki ku sebagai cnderahati kenangan hasil tangan beliau....

pandangan atas (top view)
hasil ini agak seni rotan manau dan seni halus tangan beliau ni agak murah dinilai dgn wang ringgit....tapi demi persahabatan dilaman....kita nilai la value kerjanya.

pandangan bawah...


tiada pembantu one man show.....kerja sorang lambat ler siap "Q" panjang tuuu...