jana wang

BURUAN

BURUAN

Isnin, 22 Mac 2010

Hempedu Bumi


MUKADDIMAH AWAL & KHASIAT HEMPEDU BUMI;

Nama Saintifik : Andrographis Paniculata(Bum. f.) wall.ex Nees

Nama Lain : Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia)

Famili : Acanthaceae
Lokasi Dijumpai : Malaysia, Thailand, India, Indonesia

Pengenalan

Pokok Hempedu Bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di China, India, Thailand dan gugusan kepulauan Melayu serta senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu Bumi merupakan satu tumbuhan herba yang tumbuh menegak. Herba semusim jenis renek ini boleh tumbuh dengan ketinggian sehingga 70-90 cm.

Daunnya berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di bawah permukaannya, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu Bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal. Batangnya pula berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku seta mempunyai banyak dahan. Setiap buku mempunyai dua helai daun.

Bunganya pula kecil dan berwarna ungu. Buah atau lengainya bersaiz purata 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau muda dan apabila matang menjadi coklat muda. Lengainya pecah apabila matang dan menyebarkan benih di sekitarnya.

Penuaian Hasil

1. Kematangan tanaman : 2 bulan

2. Cara mengutip hasil: Bahagian pokok di atas permukaan tanah di tuai secara manual sebelum pokok berbunga. Kutipan hasil berikutnya dilakukan selepas 1.5-2 bulan.

Kegunaan Dan Khasiat

Daun Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi, disamping merawat kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.

Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat.

Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agak sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.

Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu.

Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan. Tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu.

Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam.

Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari. Cukup untuk minum sekali sehari.
***********************

Selain itu ia juga disebut akar cerita, ada juga yang menyebutnya sebagai pokok cerita. Ia sejenis rumpai berdaun tunggal seperti daun inai berwarna hijau tua. Puntik bunganya seperti cili api sementara bunganya berwarna putih mempunyai tumpuk ungu dihujung kelopak. Mudah membiak di kawasan yang terdedah.

Nama saintifiknya Andrographis paniculata dari keluarga Acanthaceae dan ada juga yang menyebutkan sebagai ‘hempedu bumi’ kerana rasanya yang amat pahit jika diramas dengan tangan. Begitu juga jika dijadikan jus, pahitnya akan melekat beberapa lama pada lidah seperti pahitnya petawali (Tinospora tuberculata).

Antara khasiatnya yang paling mujarab ialah melegakan darah tinggi dan kencing manis. Caranya ialah dengan merebus daun, batang, akar serta bunganya dan airnya diminum oleh yang menderita sakit.

Kesan pahit dari rebusan itu agak lama pada lidah dan selepas pahitnya hilang lidah akan terasa kebas sedikit, namun itu hanyalah ciri herba ini. Untuk merawat kencing manis pula rebusannya hendaklah dicampur dengan pokok misai kucing.

Manakala bagi merawat demam, selesema dan gatal tekak pula, memadai dengan merendam beberapa helai daunnya yang segar ke dalam segelas air panas dan diminum perlahan-pahan selepas airnya suam. Bagaimanapun anda dinasihatkan agar jangan mengambilnya terlalu kerap.

Tumbuhan ini juga boleh dijadikan untuk merawat bisa gigitan serangga termasuk tabuan dan ular. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daunnya dan dilumatkan, kemudian letakkan lumatan itu pada bahagian yang terkena gigitan.

sebelom pergi mikat suapkan sehelai dua pada pikat, nnt tgk pikat perform melantun2 nie sudah dicuba dan diamalkan sendiri baru leh citer....info tambahan boleh amik dr site internet utk lebih jelas. Apa yg pasti berguru dgn berdepan bertemu mata turun ke hati lebih afdal dari download cara tak resmi....

risiko tanggong sendiri, sekadar kongsi

Pokok Ati-Ati Hitam


Pokok Ati-ati merupakan sejenis pokok saka yang berasal dari kawasan tropika di Afrika, Asia, Australia, Hindia Timur, Kepulauan Melayu dan Filipina. Dahulunya dikelompokkan di bawah genus Coleus, sebahagian spesies dalam genus ini kini diletakkan di bawah genus Solenostemon, manakala bakinya di dalam genus Plectranthus.

Pokok Ati-ati merupakan sejenis pokok hiasan yang mempunyai daun dua warna. Warnanya yang bertentangan memberikan daya tarikan yang menyerlah sebagai tanaman penghias taman.

Pokok ati-ati ini cantik dan mudah ditanam. Ia juga popular ditanam di kepulauan Fiji, Maluku dan Australia sebagai pokok penghias taman.

Kelainan Coleus terkenal dengan keunikannya kerana memiliki kombinasi daun berwarna warni dalam serlahan gabungan warna merah, kuning, ungu dan merah jambu. Spesies yang paling menarik ialah Coleus blumei dan Coleus hybridus dan ia mudah ditanam menggunakan keratan batang muda. Proses pengakarannya juga cepat dan tidak memerlukan penjagaan rapi.

Spesies ini anggun ditanam dalam pasu atau dalam satu barisan memanjang untuk hiasan tepi rumah. Pokok ati-ati mempunyai tekstur pokok yang berbagai-bagai seperti sederhana kasar, halus dan sederhana padat (bergantung kepada spesiesnya). Ketinggian maksimum pokok ini mencapai tiga meter.

Bunga ati-ati menyerlahkan kombinasi warna daun hijau, kuning kemerahan dan keputihan. Ia memerlukan cahaya penuh, tanah peroi, keperluan air sederhana tetapi tidak tahan kemarau.

Teknik menanam dan menjaga

Pokok ati-ati sesuai dengan tanah gembur yang banyak mengandungi bahan organik tetapi tidak menakung air akan membantu pertumbuhan dan proses pengakaran yang baik.

Baja kimia yang tinggi kandungan nitrogen perlu dibekalkan sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk mendapatkan daun yang cantik.

Pokok ati-ati memerlukan cahaya penuh tetapi tidak secara lansung / terik bahangnya. Pokok yang telah matang mengeluarkan bunga kecil dalam satu jambak dan setelah berbunga, proses mengeluarkan daun muda berhenti yang lazimnya tidak lagi menampakkan serinya.

Oleh itu, selepas berbunga, adalah disyorkan dahan bunganya dipangkas bagi menggalakkan pertumbuhan daun baru. Pokok tua yang susah untuk digubah atau dibentuk berikutan serlahan warna daun semakin pucat boleh dijadikan baka untuk semaian pokok baru dengan penanaman semula menggunakan batang.

kegunaan:
>>daun hati-hati digunakan untuk merawat batuk terutamanya untuk orang dewasa. caranya ialah dengan cara menumbuk beberapa helai daunnya dan dicampur dengan air, kemudian tapis airnya untuk diminum dua kali sehari.selain itu campuran daun hati-hati, daun inai, daun jambu batu dan akar tutup bumi direbus hingga mendidih dan diminum airnya untuk mengecutkan rahim.Untuk asma pula(terutamanya pada kanak-kanak) ambil beberapa helai daun hati-hati yang berwarna hijau dan secubit kapur sirih. Ramas(upar) daun bersama kapur sirih hingga hancur dan sapu pada dada pengidap asma tadi sebelum tidur.daun ini boleh juga direbus bersama dua cawan air hingga tinggal secaan, campurkan sedikit gula batu dan minum.

>> Daunnya direbus dan airnya diminum untuk menghapus kecacingan. Kadang kala ia digunakan untuk perancangan keluarga

>> Boleh digintil2 daunnya dan disuap pada pikat utk merangsang kesihatan pikat, melawas sistem penghadaman burung.

Rabu, 17 Mac 2010

PERKAKAS RACIK

Inilah antara yg diperlukan bg persediaan bikin racik terkukur. mudah dipandang serik membuat eh....patut la racik mahal sengsara badan dibuek eh...yg sonang ado duit tompah yo la....
Perkakas:-
1-Long Nose playar penting,mcm2 kegunaan eh
2-ketip kuku utk potong tangsi dan bikin kili(nombor 8),
3-power pro sz: 8 pok bikin perambut
4-tangsi maxima 8 lbs....
5-dawai tayar motor pok tumang eh...
6-dawai tembaga, dsb pok kili(no.8)
kos modal jer dah rabak RM100.

hehehee kok mujarab racik nie leh saing racik otai snipers hehehe leh la duduk sebangku brdiri satu payung sama beliau. apapa pun kene uji hasil usaha sendiri nie...

racik baru 21 mata dah complete hanya tunggu masa utk test drive kat laman....sekali pandang nmpak mantap dah...haasil tangkapan tungguuuuu...........

Selasa, 16 Mac 2010

XTVT - High Risk


Memandangkan BB meluruh dan bulu temucut meliputi, kira domam la sonang bwk melaman pon x perform spt sblmnya maka inilah masa utk bertukar mode.

AH BB (ayam hutan baru bunuh)pinjam kat kawan2 dekat nie....tapi dah 2 minggu macak masuk hutan lom gak dapat sekoq pon ujung2 nnt BB ni den buek lauk pitam den macak x yo maun dtg blago. Ayam hutan kawasan sini cellir tahap gaban mmg sombong ninjau pikat pon x mau.....nak poie jauh2 takut kantoi....masak den pikat nie baru munuh sekoq lagi pon kawan den nie kojo kelang drebar lori. hari ahad jo dapat poi jelajah so dio bg den soh ajaq la....dio tau dah jd pikat jer.....den yo yg susah so sambil2 bikin racik, ado maso nie la acara den lakukan kat sini maka tiadalah laporan tangkapan BH terkukur.....laporan AH x leh masuk sini nnt kene reman hehehehehe...TST

Rabu, 10 Mac 2010

SUNGKAI - TRIP MEI 2010


APAKAH INI RUPO LOKASI YG AKAN DTEROKAI MENAPAU BH AREA SUANGKAI NIE....ADAKAH MASIH ADA PELUANG UTK AHLI - AHLI TTF MENAWAN DAN MEMILIH KUALITI PIKAT EDISI MENDATANG!!!!
TUNGGGUUUUU...........!!!! KELAK HARI BURUH 1hb MEI 2010 KITA SERBU RAMAI2 SAMBIL MERAPATKAN UKHWAH PERSAUDARAAN TTF SEANTERO......YEZZZZZZ.....DEN ADO GENG KAT TROLAK SANA LEH LA LANDING TIME....CAJ MATO DULU NNT
Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Isnin, 8 Mac 2010

RANTAU a.k.a TEKAN GUK 100%

Sabtu 06hb March 2010
jam 11.27am
Lomang Jompol


setelah berehat 8 hari maka pg sabtu kemarin den meronda2 kawasan kg LONEK. memandang cuaca kemarau nie tanah agak keras nak macak racik, tambahan pula BB meluruh nie main pon x semangat agak kecewa mutu permainan jatuh jua....setelah 4-5 laman macak BH x jua jatuh beradap BB, dlm perjalanan balik maka ketika berhenti seketika nak isap okok dok dengar sekoq BH nie....mcm ngoram jo....den pon setting racik bru siap buatan tangan 15 mato.....
BH sampai atas anggar dok musing 5 site sajo siasat line clear tak? hehehehe....
zasssss......BH tjun musing BB dok gagap seketui.....BB balas tarik ke sisi racik ....
prrrruupp...BH kantoi dan apa lagi den pon mlompat la.....sakli BH terbang jauh bawak racik alamak......batu ladung kecik ringan kot....dan BH jatuh dlm semak bila batu ladung racik tbelit pd anak2 pokok...dapat tangkap dok kene 2 jari jer....nasib la ado jeki....
inilah rupo "RANTAU" 100% jika pandu permainan atas angga.....>>>TAMBAT<<<

Khamis, 4 Mac 2010

RACIK - PERSEDIAAN PEMBUATAN

INFO DARI LONGKEDAH(TTF);
sebelum nk buat racik kena ada perkakas dia.

ni ssrba sedikit cara nk buat racik kebiasaannya tali tangsi yg biasa di gunakan oleh kebanyakan kaki mikat dulu2 depa gunakan ekoq lembu. tapi la ni tali labi-labi. tali labi-labi ni la ni susah nk dpt dh. jd gantinya adalah tali dupon atau maxima atau penerence ok utk buat racik. bagi racik pelepah maxima atau dupon ok. kalau tanah maxima pun dh ok. size yg selalu di gunakan kalau maxima ni adalah 10lbs 100yrd (0.30). kalau jd racik tangsinya x patah atau rebah ketanah kalau kena angin.

perambut gunakan power pro 10lbs amat sesuai. tak payah belah dh. just pintal je. tumang ikutlah kesesuaian kita. nk jimat guna tumang dawai tayar motor tu. liat dan keras. nk cantik guna stainless steel toman 80lbs atau jarum. tapi jarum kena hati2 sbb masa nk lilit kajau pd tumang takut jari yg tercocok daaaaa

tangsi ni kalau yg baik sekali adalah jenama labi2 made in france.yg ni original punya tangsi labi-labi.tapi la ni mmg susah dah nk dpt tangsi jenis tu.kecuali ada kedai2 lama yg org x tau dia ada juai kemungkinan ada la kot.kalau x dak yg tu buleh guna jenama dupon.yg ni ada lagi juai di kedai2.samada dia juai secara gulung plastik atau secara gulung mcm tangsi kita beli kot kampung tu.cari jenama dupon ,made in usa.yg ni memang sesuai buat racik buat masa kita ni.dan kedua buleh guna tangsi jenama maxima.kalau dupon dia pnya lbs(paun) elok 6-8lbs.tapi saya rasa 6lbs ok lah .

perambut pulak saya guna braided power pro made in usa tu.kotak kaler ijau tu.paun dia (lbs) yg sesuai dgn dupon tu 6-8 lbs amat sesuai.terus lilit je utk buat perambut.selain power pro tu buleh guna benang strongbow (benang jahit kusyen) yg ni pun sesuai juga.cari yg halus.tapi power pro juga cantik.

kili dia pulak kalau nk cantik pi kedai pancing tanya dia stainless steel jenama toman.paun dia dlm 40lbs atau 20lbs saya dah lupa dah amat sesuai buat kili.atau tembaga lagi cantik.cari tembaga halus yg di jual kat kedai letrik atau hardward selalu ada.sini payah nk dpt tembaga haus tu.

tumang pulak buleh guna stainles stees toman tu jugak yg mana paun dia dlm 80lbs ke 100lbs sesuai buat tumang.kalau x mau beli buleh guna dawai tayar motor pun boleh.tapi kena belah la sikit tepi dia tu.dawai yg di tepi rim tu.dlm tu byk dawai dia.nk buat jebak pun cantik.

pastu kajau utk lilit tumang boleh guna power pro kalau nk cantik atau nk jimat kos dan cantik buleh guna benang jahit kusyen jenama strong bow.cari di kedai benang atau kedai kusyen mesti ada.made in usa kalau x silap.tahan benang tu.cari saiz no 2 elok lilit tumang.

pastu tali kajau utk lilit tumang ke tumang.cari kajau yg sama kaler dgn tanah. selalu coklat, kuning gelap dsbnya yg di kira sesuai. paun dia x silap dalam 20lbs kalau x silap.yg jual meter pun buleh guna. tengok yg agak cantik beli.

tu saja benda nk buat racik selain plyer , kikir nk kikir tumang bagi tajam.

selamat mencuba insyaallah

INFO DARI SNIPERS;
CARA DAN UKURAN RACIK YANG IDEAL,,
TALI TANGSI YANG TELAH DISAMBUNG DENGAN PERAMBUT HENDAKLAH PANJANG TIDAK MELEBIHI 17 CM ATAU TIDAK KURANG DARI 15 CM,TIDAK TERMASUK DENGAN LEBIHAN DIA LAGI UNTUK DIIKAT PADA TUMANG NANTI,,, MAKA HENDAKLAH DILEBIHKAN SEDIKIT,,, KALAU NAK SENANG CARI BOTOI UBAT ATAU BOTOI YANG UKURAN LILITAN BOTOI TERSEBUT 17CM ATAU 15 CM,, SETELAH SIAP SAMBUNG DAN PERAMBUT PUN DIPINTAL MAKA MASUKKAN KILI,,, PERAMBUT HENDAKLAH TIDAKLAH LEBIH DARI 3 CM KE 3 1/2 CM,,, DAH SEMUA SIAP DIPASANG MAKA MASUKKAN TALI TANGSI DALAM KILI,, LEPAIH TU MASUK DALAM BOTOL YANG BERUKURAN SEPETI YANG DIKEHENDAKI KEMUDIAN KEPAKK ,,, SETELAH KEPAKKK KITA AKAN MENDAPAT TANDA BENGKOK PADA TANGSI,,, MAKA AMIK TUMANG UNTUK DILILITKAN BERSAMA DENGAN TANGSI TADI,, APA LAGI MULALAH ACARA MELILIT DEKAT TUMANG,,, SETELAH SELESAI MAKA HAMPA SEMUA DAPAT UKURAN LONGKANG YANG IDEAL,,

Selasa, 2 Mac 2010

IKATAN TALI KAJAU @ SIRENG


Apakah Teknik Ikatan @ Simpulan Pada Tali Kajau atau sebelah sini panggil tali siring iaitu mengikat tiang-tiang racik lebih dikenali sebagai "TUMANG" antara satu sama lain.

Setelah diselongkar buku PENGAKAP dulu2 maka hasil berbincang dgn mereka yg faham, maka dilampirkan untuk tatapan bg mereka yg minat belajar. Teknik simpulan ini amat kejap dan kukuh jika diikat pada tali kajau dengan tumang. Tiang racik tidak mudah longgar dan lucut dari rantaian racik-racik. Malahan jika masa hendak melilit Tumang boleh juga dijadikan pemula dan kita boleh adjust tali tangsi dengan tumang. seterusnya kita lilit batang tumang itu nescaya "kejap" tidak mudah terbarai...dan longgar.

Bagi den yg amatur merangkak ni trpaksa gak blatih acap kali bg mahir sampai La ni x gak mahir2.....den akan usaha sampai perfect......

GOOD LUCK, TRY MY BEST!!!!

Isnin, 1 Mac 2010

RACIK SULUNG BUATAN SENDIRI


MEMANDANGKAN BB MELURUH MAKA MINGGU NIE REHAT DULU 2 HARI OPERASI BB MAIN X SUNGGUH2 MAKA LEPAK DULU. JUMAAT BAWAK TURUN BB MOGOK X MAIN NANENG TAPAU SEKOQ KAT KG.PADANG LALANG TERUSAN. SABTU PLAK RONDA DGN ZAM BHU CUACA X CUN PULANGG........TERUS ADJUST TOOLS BUAT RACIK TRY DULU.....

BEGINI LAH RUPA RACIK SULUNG BEBERAPA MATA SAJER DULU 1ST TRIAL BUAT SENDIRI HASIL DARI MAKLUMAT DALAM FORUM TTF DAN KENANGAN MEMANDANG MASA DI JENGKA PADA 26HB DISEMBER 2009. MAKA INILAH HASILNYA HASIL TANGAN AMATUR PERINTIS MASA DEPAN.
28HB FEBUARI 2010 MAKAN MASA 2 BULAN GAK MELUNASKAN BUAT RACIK NIE.....AKHIRNYA DAPAT GAK DEN BUEK HEHEHEE....

SEKALI PANDANG MCM CUN TAPIII.....BELUM PERFECT...UKURAN TAK SAMA ADER BESAR ADE KECIK ADA PANJANG ADA PENDEK NAMUN AKAN DIUSAHAKAN SAMPAI SEMPURNA.....NAK BUAT 17 MATA DULU PASTU LEH TEST RUN DULU.....

>>>SIMPULAN PEMATI TUMANG BELUM DAPAT BUAT, MAIN HANTAM TARAM JER SIMPUI TAK KEMAS LAGI, TUNJUK AJARKU SIFU!!!!!<<<